Video thumbnail for Ikan Siakap Sweet Sour

Ikan Siakap Sweet Sour

Jan 23, 2023
RESEPI lengkap Ikan Siakap Sweet Sour di laman web Nasser's Kitchen di https://nasserskitchen.com Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Ikan Masam Manis atau Sweet and Sour. Satu resepi kegemaran ramai di restoran makanan laut tempatan. Kali ini saya kongsikan resepi ikan masam manis yang paling mudah dan cepat dengan cuma beberapa bahan asas. Jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan ialah 800g ikan yang segar. Di sini saya gunakan ikan siakap tapi anda boleh guna apa-apa ikan yang anda suka. 1 biji buah tomato, 4 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah kecil dan 1 biji cili merah. Potong bahan-bahan seperti ini. Kita juga perlukan sedikit daun ketumbar dan daun bawang. Kita juga perlukan 2 sudu besar cili kisar (40g) 2 sudu besar sos cili dam 2 sudu besar sos tomato. Kalau masih belum subscribe sila subscribe di YouTube, tekan butang loceng dan Follow di Facebook dan Instagram. Jangan lupa like, comment dan share! Untuk resepi lengkap boleh layari laman web Nasser's kitchen di nasserskitchen.com Untuk memudahkan Ikan masak, kelarkan ikan seperti ini. Taburkan sedikit garam, serbuk lada putih aji shio, DAN sedikit tepung gandum. Ini akan memberikan satu salutan nipis yang garing pada ikan selepas digoreng. Lumurkan dengan rata. Balikkan ikan dan ulang untuk bahagian bawah ikan. Garam, lada putih DAN tepung gandum. Pastikan dilumurkan dengan rata. Panaskan minyak dalam kuali. Bila sudah panas, masukkan ikan. Jangan gunakan terlalu banyak minyak. Bahagian tengah ikan lebih tebal dan akan memerlukan lebih banyak minyak untuk masak. Bahagian ekor dan kepala lebih nipis dan lebih cepat masak, dan tidak perlu banyak minyak. Balikkan ikan dan masak bahagian atas pula. Bila kedua-dua belah ikan sudah garing dan masak, keluarkan dan ketepikan sementara kita sediakan sos. Keluarkan sedikit daripada minyak goreng ikan dan tumiskan bawang putih. Bila bawang putih mula berwarna kuning, masukkan bawang merah kecil, cili kisar. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Kemudian tambah buah tomato yang telah dipotong tadi, dan cili merah. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, Tambah 100ml air. Kacau! Jangan Tak Kacau! 2 sudu kecil gula. 1 sudu kecil serbuk perasa jika suka. Jika tidak mahu guna serbuk perasa , gantikan dengan 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa. Kacau supaya rata dan masak sehingga pekat sedikit. Akhir sekali tambahkan 1 sudu kecil kicap manis. Sos kini siap dan boleh dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang yang telah dipotong. Ikan masam manis atau sweet sour sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas. Ada bermacam lagi resepi di channel ini. Selamat mencuba!
Cooking & Recipes Food Meat & Seafood Hobbies & Leisure Cuisines Condiments & Dressings Meat & Seafood Substitutes