Salmon masak kicap
Resepi salmon masak kicap yang mudah dan ringkas. Selamat mencuba! Enaq Shop Shopee https://shp.ee/9z57nab Enaq Shop Lazada https://tinyurl.com/amhepk4 * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Ikan salmon semakin diminati ramai tetapi selalunya digunakan dalam masakan barat , atau pun Jepun.Untuk sedikit kelainan, kali ini saya kongsikan resepi salmon masak kicap. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur! Bahan yang kita perlukan, 200g ikan salmon. Gunakan potongan yang masih ada kulit. 3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah. Kedua-dua bahan ini perlu dikisar. Untuk kuantiti kecil seperti ini saya gunakan hand blender sahaja. Potong bahan-bahan dahulu sebelum dikisar. Tambahkan sedikit air. Dan kisar. Ketepikan dahulu. Kita juha perlukan 1 biji bawang merah, 1 biji buah tomato, 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau. Potong bahan-bahan seperti ini. 7 sudu besar kicap manis. 2 sudu besar sos tomato. 1 sudu kecil Enaq Bethol dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit. Lumurkan ikan salmon dengan enaq Bethol dan serbuk kunyit. Bila kita gunakan Enaq Bethol kita tidak perlu tambah garam. Ulang untuk bahagain kulit pula. Pastikan setiap permukaan ikan disalut dengan bahan perapan. Ikan sedia untuk digoreng, tidak perlu perap lama-lama. Panaskan sedikit minyak. Bila minyak sudah panas, goreng ikan salmon. Bahagian berkulit dahulu. Bila sudah garing, balikkan ikan. Bila kedua-dua belah ikan sudah garing, keluarkan dan ketepikan dahulu. Ikan tidak perlu masak sepenuhnya kerana akan dimasak lagi di dalam kuah kicap.