Resepi Nasi Lemak Nasser's Kitchen - Rahsia dan Tips 2020

10K views Jan 23, 2023

Resepi nasi lemak ini sesuai untuk penggemar nasi lemak tetapi tidak pernah mencuba memasak nasi lemak di rumah. Panduan langkah demi langkah diberikan yang mudah difaham. Sambal nasi lemak ini ialah sambal ikan bilis tetapi boleh diubahsuai untuk lain-lain bahan seperti udang atau sotong. Selamat Mencuba resepi nasi lemak ini! TEKS PENUH VIDEO Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi lemak, makanan kegemaran rakyat Malaysia.Tonton hingga ke akhir video kerana saya akan akan kongsikan pelbagai tips dan rahsia untuk memasak Nasi Lemak dan sambal ikan bilis macam ni. Kalau anda tak pernah masak nasi lemak , boleh cuba resepi ini. Jom kita ke dapur! Mula-mula kita sukat 4 cawan sukatan beras rice cooker biasa. Untuk resepi ini saya gunakan beras basmati untuk dapatkan nasi lemak yang berderai dan tidak melekat, tetapi apa-apa beras pun boleh, cuma sukatan airnya sahaja yang akan berbeza, kerana beras basmati perlukan lebih air. Kemudian kita cuci beras sehingga air jernih macam ni. Bila kita cuci beras, kita hilangkan lapisan kanji pada permukaan beras, kanji ini akan menjadi seperti gam bila dimasak. Kemudian kita rendam beras untuk 10-20 minit. Beras basmati ada perisa istimewa yang tak ada pada beras jenis lain, tapi perisa ini sensitif pada haba. Bila kita rendam beras, ia akan menyerap air dan masak lebih cepat. Waktu memasak yang pendek ini akan mengurangkan kesan haba pada beras dan menambah rasa sedap nasi lemak kita. Bahan-bahan lain yang kita perlukan: 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah kecil 1.5 cm halia

#Cooking & Recipes
#Food & Drink