Ikan Bilis Masak Kicap

24K views Jan 23, 2023

Resepi Ikan Bilis Masak Kicap yang cepat dan mudah. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Ikan Bilis goreng kicap. Satu resepi yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan di waktu kesuntukan masa tetapi tidak kurang sedapnya. Tonton hingga ke akhir untuk dapatkan ikan bilis goreng kicap yang garing seperti ini. Jom, kita ke dapur! Bahan-bahannya 200g ikan bilis yang telah dibersihkan. 2 biji bawang merah kecil, 1 biji cili hijau, 1 biji cili padi hijau, kalau nak kurangkan pedas gunakan cili hijau sahaja. 1 biji limau kasturi dibelah dua. Bawang dan cili perlu dihiris. Dan 5-6 sudu besar kicap manis. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan bilis. Pastikan ada minima 1.5 cm minyak dalam kuali. Jika kekurangan minyak, ikan bilis tidak akan dapat digoreng dengan sekata. Gunakan api yang sederhana kecil untuk elakkan ikan bilis hangus. Masukkan ikan bilis sebelum minyak terlalu panas. Jika minyak terlalu panas, bahagian luar ikan akan masak terlalu cepat tetapi bahagian dalam masih belum cukap masak dan lembab. Inilah salah satu sebabnya ikan bilis tidak garing. Apabila ikan bilis mula kelihatan garing seperti ini, keluarkan ikan bilis supaya ikan bilis tidak hangus. Kesilapan yang sering dillakukan ketika menggoreng ikan bilis ialah, membiarkan ikan bilis garing dalam kuali. Ini akan menghasilkan ikan bilis yang pahit kerana ikan bilis akan terus masak , walaupun setelah dikeluarkan daripada api, kerana minyak pada ikan bilis masih panas.

#Condiments & Dressings
#Cooking & Recipes
#Food & Drink