Video thumbnail for Resepi Kurma Ayam - Teknik Rahsia

Resepi Kurma Ayam - Teknik Rahsia

Jan 22, 2023
Resepi kurma ayam ini sangat mudah disedaikan untuk orang yang baru belajar masak. Selamat mencuba. Resepi lengkap di https://www.nasserskitchen.com/resepi/ayam-masak-kurma/ Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah kurma ayam. Resepi adalah salah satu resepi pertama yang saya pelajari dari ibu saya dan sangat sesuai untuk orang yang baru belajar memasak. Tonton hingga ke akhir video untuk dapatkan kurma ayam seperti ini. Tanpa berlengah lagi, JOM kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan ialah 1 kg daging ayam. Saya gunakan bahagian peha dan sayap, anda boleh gunakan mana-mana bahagian yang anda suka. 6 sudu besar rempah kurma. 5 kuntum bunga cengkih, 1 batang kayu manis, 1 kuntuk bunga lawang dan 5 biji buah pelaga. 1 biji buah tomato di belah 4, 2 biji kentang dan 2 biji cili hijau. Kalau mahu, boleh potong cili dan kentang seperti ini. 200ml susu cair. Untuk bahan kisar, 2 biji bawang merah, 1/2 inci halia dan 5 ulas bawang putih. Potong kasar seperti ini sebelum dikisar. ini akan memudahkan proses mengisar. Masukkan bahan-bahan kedalam pengisar. Bawang merah, bawang putih dan halia. Tambahkan sedikit air dalam 100ml. Resepi ini tidak menggunakan bawang hiris. Tutup dan kisar sehingga halus. Bawang kisar ini jaga akan memekatkan kuah kurma ayam kita keran bawang kisar lebih mudah larut selepas dimasak berbanding bawang hiris. Pindahkan bahan kisar ke mangkuk yang sesuai. Dan tambahkan rempah kurma. Masukkan separuh dahulu dan gaulkan. Kemudian masukkan baki rempah. Gaulkan perlahan-lahan sehingga menjadi pes seperti ini dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan 4 sekawan , buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Jangan gunakan api yang kuat supaya tidak hangus. Kemudian masukkan pes rempah yang kita sediakan tadi. Tumiskan pes bersama 4 sekawan untuk 5 minit. Pes akan menjadi pekat sedikit, tambahkan sedikit air. Gunakan mangkuk pes tadi supaya baki pes dapat digunakan. Air akan menurunkan suhu kuali supaya pes dapat dimasak lebih lama.
#Meat & Seafood #Cuisines #Culinary Training #Other #Condiments & Dressings