Rahsia hilangkan rasa masam dalam masakan yang orang tak tahu!
Kadang kala kita tersilap sukat cuka, asam Jawa atau perahan limau dalam masakan. Apa yang boleh kita buat untuk hilangkan rasa masam itu? Tonton hingga akhir untuk dapatkan rahsianya! #petuamasak Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Ada kalanya kita akan tersilap sukat bahan-bahan yang masam seperti cuka, asam jawa, asam keping atau jus lemon atau limau. Bahan-bahan ini kita akan guanakan dalam masakan seperti Tom Yam, Kari Kepala Ikan, Singgang dan Asam Jawa. Kadang-kadang bahan yang kita gunakan lebih masam daripada biasa dan masakan kita akan rasa lebih masam dari sepatutnya. Ada kala juga kita secara tak sengaja terletak banyak. Bila perkara seperti ini berlaku, apa yang boleh kita lakukan? Ada yang akan cuba tambah gula untuk imbangkan rasa masam itu, tapi untuk masakan yang tak sepatutnya ada rasa manis, mungkin tidak sesuai. Ini satu petua yang mudah yang saya amalkan untuk kurangkan rasa masam dalam apa-apa masakan dengan menggunakan satu bahan yang biasa ada di dapur. Apakah bahan itu? Baking Soda! Pastikan Baking soda dan bukannya baking powder. Baking powder tidak boleh digunakan sebagai ganti! Ya, baking soda bukan sahaja berguna untuk membuat kek tetapi boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masam dalam makanan. Rasa masam dalam makanan datangnya daripada asid di dalam bahan-bahan seperti Asam Jawa, Cuka dan jus lemon. Baking soda akan bertindak balas dengan asid dalam proses yang dinamakan penutralan. Sedikit sahaja yang diperlukan , cuba dulu dengan 1/4 sudu teh, jika masih masam lagi, tambah 1/4 sudu teh baking soda. Anda akan lihat kuah masakan akan berbuih dan gas karbon dioksida terbebas, ini menunjukkan baking soda sedang bertindak balas dengan bahan yang meneyebabkan masakan anda rasa masam. Ingat, jangan guna terlalu banyak, sedikit saja biasanya cukup. Kita biasanya nak kurangkan masam, bukannya hilangkan terus rasa masam. Mudah sahaja petua kali ini. Selamat mencuba!