Resepi Telur Goreng Masak Asam

362 views Jan 23, 2023

RESEPI telur goreng masak asam yang lengkap di laman web Nasser's Kitchen https://nasserskitchen.com Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datanag ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Telur Goreng Masak Asam. Satu lagi resepi warisan yang kurang dikenali generasi muda tetapi tidak kurang sedapnya. Kalau berminat untuk mencuba satu masakan yang mudah dan cepat berasaskan telur selain telur kicap boleh cuba yang ini. Jom kita ke dapur! Untuk 4 hidangan kita perlukan 4 biji telur ayam. Lagi segar lagi sedap. Untuk menentukan sama ada telur masih segar, rendamkan dalam air, telur yang segar akan tenggelam manakala telur yang sudah lama akan timbul kerana kandungan udara yang lebih tinggi. Kita juga perlukan 1/2 biji bawang merah besar, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia dan 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau.