Mee Siam Goreng Taucu

7K views Jan 23, 2023

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah mee siam goreng. Resepi ini saya belajar daripada ibu mentua saya dan memang menjadi kegemaran keluarga kami. Mudah untuk disediakan dengan hanya beberapa bahan asas sahaja. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur. Bahan utama yang kita perlukan 400g mee siam atau mee hoon. Saya gunakan jenama burung nuri kerana tidak mudah hancur apabila digoreng. Rendam mee dengan air sejuk untuk 30 minit untuk melembutkan mee. Elakkan menggunakan air panas kerana air panas boleh mengaktifkan kanji secara berlebihan dan menyebabkan mee melekat semasa digoreng. Kita juga perlukan 150g daging dihiris seperti ini. 150g udang. Rebuskan kulit dan kepala udang dalam 400ml atau 1 1/2 cawan air untuk 15 minit. Air rebusan ini akan menambahkan lagi perisa mee nanti. 3 sudu besar udang kering dikisar. Berat setelah dikisar dalam 25g. 2 keping tahu, digoreng dan dipotong kecil. 3 1/2 sudu besar cili kisar ( 100g),2 sudu besar taucu hancur (70g) , 1 mangkuk taugey ( 170g) , 1/2 mangkuk kucai ( 70g) 2 biji bawang merah dan 7 ulas bawang putih. Bahan-bahan ini perlu dikisar. Untuk kuantiti kecil saya gunakan hand blender sahaja. Tambahkan sedikit air dan kisar sehingga halus. Setelah dikisar, ketepikan dahulu. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi. Bila bawang mula kelihatan garing , masukkan cili kisar. Ini langkah yang penting kerana cili dan bawang perlu betul-betul masak untuk mengelakkan rasa bawang dan cili yang mentah. Ini akan merosakkan rasa mee kita nanti. Bila sudah garing seperti ini, masukkan daging. Di ikuti udang kering kisar. dan taucu. Gaulkan supaya sebati. Tambahkan air rebusan kulit udang tadi. Kalau tak ada boleh gunakan air sahaja. Bila sudah mula menididih, tambahkan 3 sudu besar gula. Mungkin ada yang rasa banyaknya gula! Tetapi untuk mee siam, rasa manis penting untuk mengimbangkan rasa masin dan pedas bahan-bahan lain. Kalau nak kurangkan boleh, ikut cita rasa masing-masing. 1 sudu kecil garam atau secukup rasa. 1 sudu kecil serbuk perasa jika suka. Kacau! Jangan Tak Kacau!

#Cooking & Recipes
#Grains & Pasta