Video thumbnail for Resepi  Swedish Meatball ala IKEA Homemade dan brown sauce

Resepi Swedish Meatball ala IKEA Homemade dan brown sauce

Jan 23, 2023
Resepi Swedish Meatball ala IKEA Homemade dan brown sauce ini menggunkan gabungan daging kisar dan daging tetel untuk menghasilkan meatball yang lembut dan berperisa istimewa. Dipadankan dengan brown sauce klasik untuk menjadi satu hidangan yang lazat untuk seisi keluarga. BAHAN-BAHAN ============= Meatball: 500g Daging Lembu Kisar 200g Daging Tetel ( Soup meat) 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk bawang 1/2 sudu teh lada hitam 1/2 sudu teh daun parsley kering 1 sudu teh rimah roti ( bread crumbs) Brown Sauce: 250g bawang dipotong halus 125g lobak merah dipotong kecil 125g saderi ( celery ) dipotong kecil Minyak zaitun untuk menumis 25g Mentega 25g Tepung gandum 1 kiub pati lembu 1liter air 1 sudu kecil tomato puree 1/2 sudu kecil Lea & Perrin's Sauce 2 sudu besar kicap manis 1 daun salam 1/2 sudu kecil Italian Herbs 1/2 sudu kecil lada hitam 1/2 sudu kecil daun parsley kering SOTONG GORENG KUNYIT (2020) https://youtu.be/gkUxfrPNpl4 Ikan Masak Singgang Serani ( Pindang Serani ) https://youtu.be/RQKR5YN4nu4 Resepi Aglio Olio Simple https://youtu.be/A_27I7G6MJQ Briyani Kambing (2020) - Lamb Briyani https://youtu.be/sCeyOIdEKuc Makaroni Cheese Bakar (2020) https://youtu.be/nGgxN9FMAFE TEXT PENUH VIDEO ================ Selamat Datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah meatball dan brown sauce. Saya akan kongsikan rahsia untuk mendapatkan meatballs yang lembut dan juicy jadi tonton video ini hingga akhir. Saya juga akan kongsikan tips-tips untuk memebuat brown sauce klassik yang boleh dipadankan dengan bermacam-macam hidangan lain seperti roast beef, steak , ayam panggang dan bermacam-macam lagi. Jom kita ke dapur Untuk 4 hidangan meatballs kita perlukan 500g daging lembu kisar, gunakan yang fresh jika boleh. Daging kisar frozen akan menghasilkan meatballs yang kering. Kita juga perlukan 200g soup meat atau daging tetel yang berlemak seperti ini. Rahsia untuk mendapatkan meatballs yang juicy dan berperisa ialah campurkan soup meat atau daging tetel. Daging kisar biasa sahaja kandungan lemaknya tidak cukup tinggi, jadi kita tingkatkan dengan soup meat. Sebelum kita boleh campurkan, kita perlu potong kepingan soup meat atau daging tetel menjadi cebisan-cebisan daging yang kecil. Untuk memudahkan kita memotong, masukkan daging kedalam freezer untuk 30 minit supaya keras sedikit. Potong kecil-kecil seperti ini. Sekarang kita campurkan: Daging kisar dan soup meat atau daging tetel. Gaulkan supaya sebati dan sekata. Tambahkan 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk bawang 1/2 sudu teh lada hitam 1/2 sudu teh daun parsley kering Saya suka gunakan serbuk bawang dan bawang putih kerana perisanya lebih sedap berbanding menggunakan bawang dan bawang putih segar. Ia juga akan mengurangkan kandungan air didalam meatball kita disamping membantu memudahkan proses pembentukan meatball. Jika kita gunakan bawang dan bawang putih segar, meatball senang berderai bila kita goreng. Saya juga tidak menggunakan telur sebagai bahan pengikat atau binding agent. Saya gunakan 1 sudu teh rimah roti atau breadcrumbs sebagai bahan pengikat. Gaulkan sehingga rata dan sebati. Sekarang kita bentukkan meatball atau bebola daging kita. Gunakan tangan sahaja. Bentukan sebesar 2.5cm seperi ini dan simpan dalam peti sejuk untuk 30 minit. Kalau nak lebih sedap 2-3 jam supaya rempah-rempah dapat betul-betul diserap. Untuk Brown sauce kita perlukan: 250g Bawang dipotong halus 125g Celery atau Saderi 125g Carrot Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk Tumiskan bawang Tamabahkan sedikit garam, ini akan mempercepatkan air keluar dari bawang. Bila bawang dah mula layu tambahkan carrot di ikuti celery atau saderi Kacau! jangan tak kacau! Tumiskan sehingga mula berwarna kuning seperti ini, jangan gunakan api yang besar supaya bahan tumisan tidak hangus. Tambahkan 1 kiub pati lembu yang dilarutkan dengan 1 cawan ( 250ml ) air Tambah 3 lagi cawan air atau (750ml) Bila dah mendidih kecilkan api dan renihkan 20-25 minit. Tambahkan 1 sudu kecil tomato puree 1 sudu kecil sos lea & perrins 2 sudu besar kicap manis Kalau nak lebih sedap boleh tambah 1 daun salam dan 1/2 sudu kecil Italian Herbs. Renihkan 5 minit atau sehingga sayuran kelihatan lembut. Keluarkan semua sayur-sayuran. Perahkan saki-baki air dari sayuran. Sekarang kita buat bahan pemekat sos atau roux, cairkan 25g mentega tambah 25g tepung gandum kacau dan goreng tepung sehingga berwarna perang pucat seperti ini. Sekarang kita masukkan campuran mentega dan tepung kita kepada air rebusan tadi Masukkan sedikit demi sedikit Sos akan memekat perlahan-lahan Sekarang kita masukkan 100ml susu segar dan kacau rata. Tambah 1/2 sudu kecil lada hitam 1/2 sudu kecil daun parsley kering Brown sauce dah siap, sekarang kita boleh goreng meatballs Goreng sehinngga perang keemasan seperti ini. Meatballs dah sedia untuk dihidangkan bersama brown sauce!
Cooking & Recipes Soups & Stews Food Meat & Seafood Hobbies & Leisure Cuisines Condiments & Dressings