Nasi Minyak mudah dan sedap
Resepi Nasi Minyak yang mudah dan sedap menggunakan periuk nasi biasa. Sangat sesuai dipadankan dengan Ayam Masak Merah atau Ayam Masak Briyani. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi Minyak. Saya akan kongsikan resepi yang mudah disediakan menggunakan periuk nasi biasa sahaja tapi tidak kurang sedapnya. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan, 8 cawan sukatan periuk nasi beras. Saya gunakan beras Basmati. KIta juga perlukan 3 biji bawang merah. 4 ulas bawang putih. 2 inci halia. 2 batang kayu manis. 1 kuntum bunga lawang. 8 biji buah pelaga. 8 biji cengkih. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis seperti ini. 8 helai daun pandan diikat seperti ini. 3 sudu besar minyak sapi. 2 cawan susu cair. Mula-mula sukat 8 cawan sukatan periuk nasi seperti ini. Cuci beras dengan air sehingga jernih. Seperti ini dan rendam untuk 20 minit. Buangkan air dan ketepikan dahulu. Panaskan 3 sudu besar minyak sapi. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan untuk 1-2 minit dan masukkan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Bila bawang mula kelihatan garing, masukkan duan pandan. Dan tambahkan 2 cawan air dan 2 cawan susu cair. Kacau! Jangan Tak Kacau!