Sambal Tumis Telur - Enaq Cili Giling
Jan 23, 2023
Resepi sambal tumis telur yang ringkas dan mudah dengan menggunakan Cili Giling Semua dalam 1 dari Enaq. Selamat mencuba!
LINK ENAQ SHOPEE : https://shp.ee/d5x3map
* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Dalam episode kali ini saya akan kongiskan resepi sambal tumis telur yang mudah dan cepat dengan menggunakan produk Cili Giling Enaq. Sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa seperti pelajar dan ibu yang bekerja. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
Bahan yang kita perlukan 6 biji telur, gunakan telur yang sudah lama sedikit kerana telur yang baru susah untuk dibuang kulitnya.
2 biji bawang merah, dihiris seperti ini. Dan 9 sudu besar atau 200g Cili Giling Enaq semua dalam satu. Sudah lengkap dengan cili kering, bawang, bawang putih, minyak, garam, gula dan asam. Sedaaapp dan memudahkan kerja memasak.
Masukkan telur ke dalam periuk dan tuangkan air hingga separuh sahaja telur di dalam air. Nyalakan api dan didihkan air. Telur dimasak daripada air masih sejuk dan bukannya dalam air mendidih. Ini untuk mengelakkan kulit telur pecah akibat perubahan suhu mendadak.
Bila air mendidih, tutup dan kecilkan sedikit api. Tutup dan masak untuk 10 minit. Keluarkan dari periuk dan sejukkan dengan air. Setelah sejuk , kopekkan kulit telur seperti ini.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Pastikan telur tidak basah untuk elakkan minyak merecik. Goreng sehingga telur perang keemasan seperti ini dan ulang untuk kesemua telur. Saya suka goreng telur rebus kerana sambal mudah melekat pada permukaan telur yang kasar.
Show More Show Less #Cooking & Recipes

