Resepi Sayap Ayam Panggang Oven - Rahsia Kulit Ayam Garing....
Jan 23, 2023
Resepi Sayap Ayam Panggang Oven dengan sos BBQ homemade menggunakan produk Enaq Sauces. Selamat mencuba!
* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Dalam episode kali ini saya akan kongsikan satu resepi sayap Ayam BBQ yang mudah dan dengan sos BBQ homemade menggunakan produk Enaq. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
Bahan-bahan yang kita perlukan,8 sayap ayam berat dalam 800g. Cukup untuk 4 hidangan. 2 ulas bawang putih dicincang, 10 sudu besar 180g sos tomato Enaq, 2 sudu besar sos cili Enaq 40g, 3 sudu besar kicap manis Enaq 45g,2 sudu besar madu, 2 sudu besar cuka,1 sudu kecil mustard (Jika ada) dan 1 sudu besar lada hitam yang baru ditumbuk atau dikisar.
Untuk mendapatkan kulit ayam yang lebih garing, masak 1.5 L air panas dan siram ke atas sayap ayam. Kulit ayam akan kelihatan mengecut sedikit. Toskan lebihan air panas dan ketepikan ayam dahulu supaya sejuk sedikit.
Untuk sos BBQ, panaskan sedikit minyak. Saya gunakan minyak zaitun tapi minyak masak biasa pun boleh. Tumiskan bawang putih. Bila bawang putih mula kuning, masukkan sos tomato ENaq. Diikuti kicap manis enaq. Sos cili Enaq, Mustard jika ada, kalau tak ada pun boleh. Masukkan madu, cuka, dan akhir sekali lada hitam. Renihkan untuk 5 minit sehingga sos menjadi pekat. Ketepikan sos dahulu untuk sejuk.
Untuk perapan ayam tambah 1/2 sudu kecil garam. Dan gaulkan rata. Kemudian tambah 3 sudu kecil sos BBQ dan gaulkan. Tambah 2 sudu kecil sos lagi dan pastikan setiap permukaan sayap ayam disalut dengan sos. Perapkan untuk 30 minit hingga 4 jam dalam peti sejuk. Panaskan ketuhar ke 190C dan susun sayap ayam diatas loyang yang telah disapu minyak. Bila ketuhar sudah capai suhu 190C, Masukkan kedalam ketuhar. Selepas 15 minit pusingkan loyang supaya ayam masak dengan sekata. Selepas 10 minit, sapukan sayap dengan satu lapisan sos BBQ yang tebal dan masak pada suhu 250C untuk 5-8 minit. Hidangkan dengan segera dan hiaskan dengan potongan duan bawang dan cili merah. Selamat mencuba!
Show More Show Less #Cooking & Recipes
#BBQ & Grilling
#Meat & Seafood
#Pizzerias
#Kitchen & Dining
#Barbecues & Grills

