Nasi Serai Mudah
Jan 23, 2023
Nasi Serai Mudah - Ini resepi Nasi Serai yang mudah dah cepat disiapkan dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas. Resepi Nasi serai ini ada sedikit kelainan kerana menggunakan jus serai untuk mendapatkan perisa dan bau serai yang lebih kuat dan harum.
Selamat Mencuba!
QWare Online STORE: https://c.lazada.com.my/t/c.ZZhThA
TEKS PENUH VIDEO
================
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi Serai. Satu masakan yang kurang dikenali tapi tak kurang sedapnya. Tonton hingga akhir untuk dapatkan rahsia membuat Nasi Serai yang wangi seperti ini. Kalau nak cuba ubah selera, Jom kita ke dapur!
Untuk masak nasi serai saya gunakan beras basmati, tapi apa-apa beras pun boleh, cuma sukatan air kena ubah. Dalam resepi ini saya gunakan 4 cawan sukatan beras seperti ini. Biasanya dapat free dengan periuk nasi.
Mula-mula kita cuci beras dengan air untuk buangkan kanji yang berlebihan. Ulang mencuci sehingga air menjadi jernih seperti ini. Biarkan beras direndam sementara kita sediakan bahan-bahan lain.
Bahan-bahan lain yang kita perlukan ialah 6 batang serai. 3 batang akan digunakan untuk mendapatkan air serai dan 3 batang lagi untuk kita tumis.
Mula-mula kita potong 3 batang serai. Setiap potongan lebih kurang 4-5cm panjang. Masukkan ke dalam blender, tambah 500ml atau 2 cawan air
Show More Show Less #Food & Drink
#Cooking & Recipes
#Food
#Herbs & Spices

