Video thumbnail for Cara Buat Kentang Goreng McD - Rahsia dan Tips

Cara Buat Kentang Goreng McD - Rahsia dan Tips

Jan 23, 2023
Cara Buat Kentang Goreng Mcd - Ramai orang tertanya-tanya kenapa bila kita goreng kentang di rumah tak garing macam di restoran fast food McD atau KFC? Kali ini saya akan kongsikan rahsia kentang goreng yang garing di luar dan gebu di dalam. Prosesnya agak rumit tetapi hasilnya berbaloi. RESEPI Lengkap di https://www.nasserskitchen.com/resepi/kentang-goreng-ala-mcdonald-mcd/ TEKS PENUH VIDEO ================ Untuk membuat kentang goreng yang sedap kita kena gunakan kentang yang betul. Kentang yang terbaik untuk french fries ialah kentang Russet-Burbank atau juga dikenali sebagai kentang USA. Kentang ini menjadi pilihan kerana kandungan airnya yang rendah. Kentang tempatan kandungan airnya tinggi dan tidak sesuai untuk digoreng. Kebanyakkan pasaraya ada menjual kentang jenis ini. Untuk resepi ini kita perlukan 1kg kentang russet yang telah dibuang kulitnya. Kalau tak nak buang pun boleh tapi kena cuci lebih sedikit. Langkah seterusnya kita potong kentang mengikut bentuk yang kita mahu. Untuk memudahkan memotong, belahkan ditengah supaya kita dapat permukaan yang rata. Potongkan kepingan setebal 1cm dan potong seperti ini, pastikan setiap keping tebalnya sama, walaupun panjangnya berbeza. Ini penting supaya kentang masak dengan sekata. Bila dah siap rupanya begini. Kemudian, kita perlu cuci potongan kentang dengan air untuk menghilangkan kanji yang berlebihan dipermukaan kentang. Ini langkah yang penting dan akan mengambil sedikit masa kerana kita perlu cuci beberapa kali sehingga airnya betul-betul jernih seperti ini. Biarkan kentang kering untuk 5-10 minit, kalau nak lapkan dengan tisu dapur pun boleh. Langkah seterusnya ialah gorengan kali pertama, untuk resepi ini kita perlu goreng kentang 2 kali. Inilah sebahagian dari rahsianya untuk mendapatkan kentang goreng yang sedap dan rangup. Kita perlukan minyak yang mencukupi, minima 4cm dalam kuali. Panaskan minyak pada suhu 130C atau dengan api yang perlahan sahaja seperti ini. Perhatikan minyak tidak berbuih dengan kuat. Tujuan kita ialah untuk memasak bahagian dalam kentang dengan perlahan.
#Cooking & Recipes #Food