
Makaroni Cheese Bakar (2020)
259 views · Jan 23, 2023 nasserskitchen.com
RESEPI lengkap di: https://nasserskitchen.com Makaroni Cheese Bakar yang menggunakan 3 jenis keju untuk rasa cheese yang luar biasa dan pastinya meleleh. Makaroni Cheese Bakar ini mudah dan boleh disesuaikan mengikut selera dan cita rasa sendiri. * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o

Resepi Aglio Olio Simple
705 views · Jan 23, 2023 nasserskitchen.com
Aglio Olio ialah masakan pasta tradisional yang paling mudah. Resepi Aglio Olio simple ini cuma menggunakan beberapa bahan asas sahaja seperti minyak zaitun, bawang putih, serbuk cili dan spaghetti. Dapatkan RESEPI LENGKAP di: https://www.nasserskitchen.com/resepi/aglio-olio/ PISAU CERAMIC ORIGINAL Kyocera: https://shp.ee/kq49q4a Pisau Ceramic OEM: https://shp.ee/kgbr6ss Camera : Sony ZV-E10 https://shope.ee/6zhK7YjK1Q Mic : Boya M1 https://shope.ee/XZmoksTo Monitor : Viewsonic 32" https://shope.ee/2prlAIBDGa Walaupun sedikit sahaja bahannya, resepi aglio olio simple ini akan memberikan perisa yang luar biasa. Selamat mencuba! AGLIO OLIO SPAGHETTI DENGAN PRAWN (2 Hidangan) 5 Ulas Bawang Putih Minyak Zaitun Extra Virgin 125g Spaghettii (½ Paket) ½ Sudu teh serpihan cili kering (Chili flakes) 150g udang Garam & Lada Hitam secukup rasa ½ sudu teh parsley segar Keju parmesan * Potongan lemon Kaedah: 1. Hiris bawang putih menjadi kepingan yang sangat nipis, lebih nipis lebih baik. Gunakan pisau tajam. 2. Rebus 5-6 liter air dan tambah 2 sudu garam. Pasta mesti direbus dalam air masin yang banyak. Masukkan 125g spageti. Masa memasak adalah 8-10 minit bergantung pada jenama pasta. 3. Setelah pasta dimasak, toskan dan ketepikan. Simpan ½ cawan air pasta untuk kemudian. 4. Panaskan sedikit minyak zaitun Extra Virgin dalam kuali dan masukkan hirisan bawang putih. Masak dengan api yang kecil. 5. Apabila bawang putih mula bertukar menjadi coklat muda masukkan serpihan cili. 6. Masukkan udang, jangan terlebih masak. Hanya sehingga udang menjadi merah. 7. Sekarang masukkan spageti dan gaul rata. 8. Masukkan sedikit (50ml) air pasta untuk membuat sedikit sos, jika anda suka lebih banyak sos masukkan sedikit lagi air. 9. Masukkan parsley cincang dan campurkan. 10. Sekarang tambah garam dan lada hitam secukup rasa mengikut citarasa anda sendiri. 11. Pasta siap dihidangkan. Sebaik-baiknya dimakan segera dihiasi dengan sedikit parmesan dan sepotong lemon. Ceramic Knife : KYOCERA https://c.lazada.com.my/t/c.qnAW?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fkyocera-ceramic-fruit-knife-yellow-fkr-110yl-i450633637-s684395531.html& Ceramic Knife (OEM) https://c.lazada.com.my/t/c.qPCe?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fmalaysian-warehouse-full-set-of-kitchen-knives-nano-ceramic-knife-set-kitchen-household-knives-full-set-of-peeling-and-slicing-knives-i889304766-s2195002398.html& * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o

Resepi Spaghetti Carbonara Homemade
323 views · Jan 23, 2023 nasserskitchen.com
Resepi Spaghetti Carbonara Homemade bukanlah satu resepi yang susah. Di sini saya kongsikan resepi 100% homemade tanpa menggunakan sos dalam tin dengan menggunakan bahan-bahan asas yang mudah seperti bawang putih, cendawan, susu , krim dan cheese. Resepi Spaghetti Carbonara Homemade ini kegemaran kanak-kanak dan mengandungi daging burger dan sosej, tapi boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Selamat Mencuba! Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o

Resepi Spaghetti Bolognese - 100% Homemade
128 views · Jan 23, 2023 nasserskitchen.com
Resepi Spaghetti Bolognese ini menggunakan bahan-bahan asli dan bukan berasaskan sos yang dikilang. Bahan utama dalam sos bolognese ialah buah tomato. Tomato yang terbaik untuk membuat sos pasta ialah tomato pelati. Link untuk membeli Tomato Pelati di bawah: 1 Tin 400g https://c.lazada.com.my/t/c.QkPz0?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fcirio-peeled-tomatoes-pelati-400g-i971712703-s2518808439.html& 3 Tin x 400g https://c.lazada.com.my/t/c.QkPz0?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fcirio-pelati-cluster-pack-3x400g-i971324749-s2517652068.html& TEXT PENUH VIDEO ================ Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi hari ini ialah Spaghetti Bolognese, satu masakan pasta yang paling popular dan kegemaran ramai. Saya akan kongsikan tips dan rahsia untuk spaghetti bolognese homemade macam ini. Jom kita ke dapur! Bahan paling penting dalam penyediaan sos bolognese ialah tomato. Ada bermacam-macam jenis tomato tetapi tomoato jenis apakah yang terbaik? Di Itali, tomato pilihan ialah Tomato Pelati. Saya biasa gunakan jenama Sica atau Cirio. Kalau tak jumpa di supermarket boleh beli online. Link ada dalam description. Kita juga perlukan 500g daging lembu kisar 1 Biji bawang holland dipotong halus 2 ulas bawang putih 1 kiub pati lembu Daun parsly kering Serbuk bawang Italian Herbs dan daun basil Kalau ada yang segar lebih baik. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali Bila minyak dah panas berasap, masukkan separuh sahaja daging kisar sebab kita akan goreng dua kali. Kalau kita masak terlalu banyak dalam kuali, suhu kuali akan kurang panas dan tidak akan masak dengan betul. Tujuan kita untuk menggaringkan daging sebelum kita masukkan ke sos. Pastikan masak sekata. Bila dah garing seperti ini angkat dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk Masukkan bawang holland Bawang putih Tumis sehingga mula menjadi kuning Masukkan 2 tin tomato pelati. Tomato jenis ini sangat sesuai untuk dibuat sos pasta dan menjadi pilihan chef-chef itali kerana perisa tomatonya yang terbaik. Ini yang membuat sos bolognese ini istimewa. Pecah -pecahkan buah tomato. Gunakan api yang sederhana dan kacau supaya buah tomato mula terlerai seperti ini. Kemudian masukkan daging kisar yang kita goreng tadi Pastikan tak ada yang tertinggal Masukkan 2 helai daun salam 1/2 Sudu besar serbuk bawang 1/2 Sudu besar Basil 1 Sudu besar Parsley 1/2 Sudu besar Italian Herbs Renihkan 30 minit atau sehingga sos menjadi pekat macam ini Tambah garam sucukup rasa dan juga 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil parsley 1/4 sudu kecil italian herbs 1/4 sudu kecil basil Kita tambah sedikit lagi herba-herba kerana bila kita renihkan lama-lama, sebahagian aroma herba akan hilang jadi kita tambah sedikit di akhir proses masak. dan 1/2 sudu besar gula untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Kalau suka sos yang lebih manis boleh tambah lagi gula. Terpulang pada citarasa masing-masing. Keluarkan daun salam untuk elakkan sos menjadi pahit. Sos bolognese dah siap untuk kita hidangkan bersama spaghetti. Untuk masak spaghetti, didihkan 5-6 liter air dan tambahkan 2 sudu besar garam. Air masak pasti kena masin. Untuk 2 hidangan masukkan 1/2 paket spaghetti Masak untuk 8-10 minit mengikut arahan pada paket spaghetti Bila dah masak, tuskan dan ketepikan untuk dihidangkan bersama sos bolognese. Sebaiknya dihidangkan segera selepas masak. Ini dia hasilnya dilengkapkan dengan sedikit keju parmesan dan dihias dengan daun parley segar. Terima kasih kerana menonton video ini hingga ke penghujung. Jika belum subscribe atau follow, sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Ada bermacam-macam video resepi menarik dichannel ini, boleh cuba klik salah satu dari video disini. Selamat Mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o

Resepi Lasagna Daging - Rahsia dan Tips terbaik 2020
1K views · Jan 23, 2023 nasserskitchen.com
Resepi Lasagna Daging sebenarnya mudah untuk dimasak jika bahan-bahan dan disediakan terlebih dahulu. Cuma perlu gabungkan bahan-bahan dan bakar dalam ketuhar. Dalam resepi lasagna daging lembu ini saya akan kongsikan tips dah rahsia untuk membuat lasagna yang mudah , enak dan cepat untuk dimakan bersama keluarga. Selamat mencuba! LINK SPAGHETTI BOLOGNESE *** https://youtu.be/HzQddSaiR3g QWARE ONLINE STORE: https://c.lazada.com.my/t/c.ZZhThA EDIBLE GARDENS BY RADIANT: https://jandabaik-attractions.com/edge/ VIDEO POPULAR DI CHANNEL ========================= SOTONG GORENG KUNYIT (2020) https://youtu.be/gkUxfrPNpl4 Ikan Masak Singgang Serani ( Pindang Serani ) https://youtu.be/RQKR5YN4nu4 Resepi Aglio Olio Simple https://youtu.be/A_27I7G6MJQ Briyani Kambing (2020) - Lamb Briyani https://youtu.be/sCeyOIdEKuc Makaroni Cheese Bakar (2020) https://youtu.be/nGgxN9FMAFE TEKS PENUH VIDEO ================ Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Lasagna. Ramai yang rasa inilah masakan pasta yang paling susah tapi saya akan cuba berikan versi saya yang paling mudah, walaupun 100% homemade. Jom kita ke dapur! Lasagna pada asasnya ada 3 bahagian, pertamanya kepingan pasta lasagna. Saya suka guna jenis yang oven ready dan tak perlu direbus dahulu. Ada beberapa jenama, tapi saya suka Barilla. Kedunya kita perlukan sos bolognese, lebih kurang 700g untuk 4 hidangan. Sos bolognese adalah sama dengan yang kita masak untuk spaghetti bolognese. Untuk resepi sos bolognese boleh rujuk kepada video spaghetti bolognese saya di sini. Dalam description pun ada link dia. Yang ketiga ialah sos putih atau bechamel. Saya suka tambah cheese dalam sos bechamel untuk jadikan cheese sauce. Sebelum kita masak cheese sauce, kita kena sediakan bahan pemekat sos atau roux. Tuangkan 3 cawan ( 750ml susu segar ) Gunakan api yang sederhana kecil, dan panaskan susu sehingga mula pasan dan berbuih kecil di tepi periuk. Kemudian masukkan perlahan-lahan campuran mentega dan tepung yang kita masak tadi. Pastikan kesemuanya larut dalam susu. Kalau ada pemukul telur boleh gunakan supaya tepung senang larut dan sos tidak berketul. Kacau untuk 1-2 minit. Bila campuran tepung dan mentega dah sebati dengan susu, masukkan 100g keju parmesan yang telah diparut halus seperti ini. kacau sehingga kesemua keju dah cair dan larut. Masukkan 3 keping cheese singles dan kacau hingga sebati. Kacau, jangan tak kacau! Tambahkan 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 1/2 sudu kecil lada putih aji shio Kacaukan sehingga sebati. Sos keju kita dah siap. Sekarang tiba masa untuk kita gabungkan bahan-bahan lasagna yang telah disediakan untuk dibakar. Sapukan sedikit minyak zaitun pada permukaan dalam loyang. Ambil satu keping pasta lasagna untuk kita mulakan lapisan pertama. Pastikan kepingan pasta betul-betul rata. Lapisan pertama ialah sos keju. Ada resepi yang cuma guna guna sos bechamel kosong dan keju ricotta ditambah bila sos disapu pada kepingan lasagna. Tapi saya lebih suka tambah keju terus dalam sos. Pastikan seluruh kepingan pasta lasagna ditutupi sos terutama dibahagian sudut. Bahagian yang tak kena sos akan keras setelah dibakar. Lapisan sos bolognese biasanya lebih tebal dari lapisan sos putih. Kalau buat sos bolognese jangan buat sikit-sikit sebab sos ini boleh disimpan lama dalam freezer, boleh digunakan dengan pasta biasa dan kalau terasa nak makan lasagna dah senang sebab sos dah sedia ada. Nak masak sos keju sekejap je. Sebenarnya lasagna ni sangant mudah bila bahan-bahan asasnya dah di sediakan. Cuma tinggal nak gabungkan sahaja. Sekarang kita mulakan lapisan kedua. Kalau kepingan lasagna tidak cukup besar kita boleh potong kepingan yang lain. Garitkan dengan pisau bergigi seperti ini mengikut saiz yang diperlukan, dan patahkan supaya potongannya bersih. Kepingan pasta lasagna sangat rapuh dan tak boleh dipotong dengan gunting. Letakkan kepingan yang dipotong tadi. Kita ulang lapisan sos keju diikuti sos bolognese. Buat sekurang-kurangnya 3 lapisan atau 5 lapisan jika boleh. Untuk lapisan terakhir, taburkan keju mozzarella yang diparut kasar. Diikuti keju parmesan yang diparut. Lasagna siap untuk dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius untuk 30 minit. Sementara kita tunggu lasagna kita masak, kita boleh sediakan bahan taburan. Saya suka guna herba segar seperti parsley, sage, thyme dan oregano. Herba- herba ini saya petik sendiri dari taman herba saya sendiri ehsan dari Edible Gardens by Radiant. Kalau berminat boleh rujuk dalam description. Sekarang lasagna sedia untuk dihidangkan. Saya suka makan terus dari loyang selepas dibakar. Tapi kalau nak lasagna yang lebih cantik dan tersusun, yang nampak lapisannya satu-satu. Rahsianya ialah, biarkan sejuk selepas dibakar dan simpan dalam peti sejuk untuk 3 jam atau semalaman. Lasagna akan mudah untuk dipotong macam ni dan boleh panaskan semula.

Spaghetti Seafood
305 views · Jan 23, 2023 nasserskitchen.com
Resepi Spaghetti Seafood yang mudah disediakan dengan menggunakan Enaq Bethol daripada Enaq Sauces. LINK ke Enaq On-line Enaq Shop Shopee https://shp.ee/9z57nab Enaq Shop Lazada https://tinyurl.com/amhepk4 * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o

Spaghetti Ayam Cendawan - Chicken Mushroom Pasta
5K views · Jan 22, 2023 nasserskitchen.com
Resepi lengkap di https://www.nasserskitchen.com/resepi/spaghetti-ayam-dan-cendawan-chicken-and-mushroom-pasta/ Spaghetti ayam cendawan adalah hidangan pasta yang lazat dan mudah disediakan yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Resipi ini boleh disiapkan dalam masa 30 minit sahaja bila anda perlukan hidangan yang cepat dan mengenyangkan. Gabungan cendawan berperisa dan ayam lembut dalam sos berkrim pasti menjadi kegemaran seisi keluarga. Terdapat beberapa petua utama yang perlu diingat semasa menyediakan resipi spagheti ayam cendawan ini. Pertama, pastikan memasak pasta mengikut arahan pakej dan toskan sebelum menambahnya ke dalam sos. Ini akan membantu memastikan bahawa pasta dimasak dengan sempurna dan tidak terlalu masak atau lembek. Pastikan juga untuk memasak cendawan dan ayam sehingga ia rangup dan berwarna perang, kerana ini akan menambah perisa hidangan. Akhir sekali, pastikan anda menyesuaikan perasa mengikut citarasa anda, menambah herba, rempah, atau keju tambahan jika perlu. Secara keseluruhannya, spageti ayam cendawan adalah hidangan yang lazat dan mengenyangkan yang sesuai untuk sebarang majlis. Sama ada anda sedang mencari makan malam yang cepat dan mudah atau makan tengah hari yang selesa, resipi ini pasti sesuai. Cubalah dan nikmati semangkuk spageti ayam cendawan istimewa ini.!#pasta #resepi #resep * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o