Ikan Masak Singgang Johor

11K views Jan 23, 2023

Resepi Ikan Masak Singgang Johor yang lengkap dengan senarai bahan-bahan di laman web Nasser's Kitchen di https://www.nasserskitchen.com Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Ikan masak Singgang. Satu masakan ikan tradisi yang sangat cepat dan mudah disediakan. Tidak ada menumis, 100% rebus sahaja. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur! Bahan utama dalam memasak Singgang ialah Ikan yang segar. Masakan ini tidak banyak rempah ratus, oleh itu perisanya banyak bergantung kepada bahan utamanya, iaitu Ikan. Pilihlah ikan kegemaran anda di pasar, tidak kiralah ikan besar atau ikan kecil, yang pentingnya segar. Untuk resepi ini saya gunakan ikan yang kecil sahaja, ikan tamban. Lebih kurang 400g Kita juga perlukan 5 biji bawang merah kecil, 4 ulas bawang putih, 2cm hali, 2 cm lengkuas ,2cm kunyit segar dan 1 biji cili merah. Semua bahan-bahan perlu dihiris tetapi tidak terlalu nipis. Lebih kurang begini sahaja. Kita juga perlukan 1/2 sudu kecil belacan dan juga sedikit asam Jawa. Kalau tidak mahu perah sediri boleh gunakan pes Asam Jawa, 1 sudu besar

#Aquaculture
#Cooking & Recipes
#Food
#Meat & Seafood