Resepi Sup Sayur Campur 92% Sayur-sayuran

16K views Jan 23, 2023

Resepi sup sayur campur ini mudah disediakan dan sesuai untuk mereka yang inginkan satu hidangan yang sihat dan berkhasiat untuk keluarga. Sup ini boleh juga dimakan begitu sahaja kalau anda tidak mahu makan nasi dan ingin mengurangkan berat badan. Sup ini lengkap dengan khasiat carbohidrat, lemak , protein , serat dan mengeyangkan. Resepi ini tidak menggunakan sebarang rencah protein berdaging ataupun makanan laut selain tahu telur dan sos tiram. Jika suka boleh tambah dengan rencah kegemaran anda. RESEPI LENGKAP dan senarai bahan-bahan di lawan web Nasser's Kitchen di https://nasserskitchen.com Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's kitchen. Resepi hari ini ialah sup sayur campur. Kalau anda nak cuba satu masakan yang rendah lemak, kaya dengan vitamin dan serat, boleh cuba resepi ini. Jom kita ke dapur! Bahan-bahan yang kita perlukan, 200g bawang holland dipotong halus. 150g carrot , potong setebal 1/2 cm 2 ulas bawang putih dicincang halus 100g lada benggala, saya guna yang kuning, tapi apa-apa warna pun boleh. 2 biji cili merah dihiris 200g cendawan tiram

#Cooking & Recipes
#Fruits & Vegetables
#Healthy Eating
#Salads
#Soups & Stews