Video thumbnail for Resepi Grilled Chicken Chops

Resepi Grilled Chicken Chops

Jan 23, 2023
RESEPI Grilled Chicken Chop dan senarai bahan-bahan di laman web Nasser's Kitchen di https://nasserskitchen.com * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah grilled chicken chop atau chicken chop bakar. Penyediaanya sangat mudah, cuma perap dan bakar. Saya akan tunjukkan teknik, bakar atau grill ayam dengan kuali. Tonton hingga ke akhir video untuk rahsia grilled chicken chop yang garing diluar dan juicy di dalam seperti ini. Jom kita ke dapur! Untuk 2 hidangan kita perlukan 2 keping chicken chop berat lebih kurang 600g untuk keduanya. Lapkan dengan tisu dapur supaya kering sebelum diperap. Untuk bahan perapan pula kita perlukan 1 sudu teh garam kasar, 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk atau dikisar,, kalau tak ada minyak zaitun biasa pun boleh. Gaulkan bahan perapan supaya rata. Pastikan setiap permukaan daging ayam dapat disaluti bahan perapan. Fungsi perapan ialah untuk memberikan perisa dan juga melembutkan daging. Perapan dalam masakan barat biasanya ada 3 bahagian, Pertamanya, perasa , ini mungkin garam, herba, bawang ataupun sos seperti kicap. Keduanya, asid. Asid seperti cuka, jus lemon atau limau, yoghurt akan membantu melembutkan daging dengan menguraikan protein dalam daging. DAN , Ketiganya , minyak , biasanya minyak zaitun atau apa-apa minyak masak. Fungsinya untuk mengimbangi rasa masam dari komponenn asid perapan. Akhir sekali , parutkan sedikit kulit lemon kedalam bahan perapan. Kulit lemon penuh dengan perisa lemon yang kuat dan akan menambahkan lagi perisa grilled chicken chop. Gaulkan sekali lagi. Perapkan ayam dalam peti sejuk di antara 30 minit hingga 1 1/2 jam. Pastikan ayam tidak diperap lebih dari 1 1/2 jam kerana perapan yang terlalu lama akan membuat daging keras dan liat akibat tindak balas jus lemon. Sementara menunggu ayam diperap, jika belum subscribe sila tekan butang subsribe dan juga loceng. Follow di Facbook dan instagram. Jangan lupa comment, like dan share. Untuk resepi lengkap dan senarai bahan-bahan, sila layari laman web nasser's kitchen di nasserskitchen.com . Untuk memasak grilled chicken chop saya suka guna kuali non-stick dan api yang sederhana sahaja. Masak bahagian kulit ayam dahulu seperti ini. Ini akan mencairkan lapisan lemak dibawah kulit ayam dan akan membantu menjadikan kulit ayam lebih garing disamping mengurangkan kandungan lemak chicken chop. Balikkan ayam setiap 1 minit supaya ayam masak dengan sekata. Setiap chicken chop akan mengambil masa 7-10 minit untuk masak dengan betul kerana daging chicken chop agak tebal. Kesilapan yang sering dilakukan ialah memasak chicken chop terlalu cepat dengan api yang kuat. Ayam mungkin kelihatan garing diluar tetapi masih mentah di dalam. Pastikan ayam dimasak untuk minima 7 minit. Bila ayam dah berwarna perang dan garing seperti ini, ayam dah boleh diangkat keluar dari kuali. Rehatkan ayam untuk 5 minit sebelum dihidangkan dengan salad, kentang goreng. Dan sos kegemaran anda. Di sini saya gunakan sos black pepper, tapi sos cendawan pun sesuai juga. Boleh rujuk resepi untuk sos-sos ini di sini. Selamat mencuba!
Cooking & Recipes BBQ & Grilling Meat & Seafood Hobbies & Leisure Cuisines Culinary Training