Jemput-jemput Ikan Bilis - Cekodok Ikan Bilis

774 views Jan 23, 2023

RESEPI lengkap jemput-jemput ikan bilis di laman web Nasser's Kitchen di https://nasserskitchen.com Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah jemput-jemput ikan bilis atau cucur ikan bilis. Satu hidangan kudapan yang sangat popular dan mudah disediakan. Kalau nak tahu rahsia jemput-jemput yang garing diluar tapi lebut didalam, jom kita ke dapur! Bahan paling utama dalam membuat jemput-jemput atau cucur ialah tepung gandum. Kita perlukan 230g atau 2 cawan tepung gandum. Saya gunakan jenama faiza kerana kandungan protiennya yang tinggi 10.5% sangat sesuai. Jenama lain pun boleh tapi untuk hasil terbaik gunakan tepung berprotien tinggi. Kita juga perlukan 30g ikan bilis, 1 biji bawang merah besar dan 1 biji cili merah. Cuci ikan bilis dengan air, potong bawang dan hiriskan cili seperti ini.

#Cooking & Recipes