Resepi Ikan Sardin Tumis
Resepi Ikan Sardin Tumis yang lengkap dan senarai bahan-bahan di laman web Nasser's Kitchen : https://nasserskitchen.com Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah ikan sardin tumis. Satu lagi resepi yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan untuk orang bujang, para pelajar yang kesuntukan masa. Tonton video ini hingga penghujung untuk mendapatkan tips dan rahsia untuk memasak ikan sardin seperti ini. Jom kita ke dapur! Untuk resepi ini kita perlukan 1 peket sardin dalam sos tomato. Saya gunakan jenama D'Heritage tapi apa-apa sardin dalam tin pun boleh juga. Untuk bahan tumisan kita perlukan 1/2 biji bawang merah, 1.5cm halia, 3 ulas bawang putih , 1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah. Kesemua bahan-bahan perlu dihiris seperti ini. Mula-mula kita perlu asingkan ikan sardin daripada sos tomato. Ikan sardin diasingkan kerana kita akan goreng ikan sardin secara berasingan untuk menggaringkan ikan. Menggoreng ikan akan meningkatkan perisa ikan sardin. Jika kita tidak asingkan sos, suhu minyak tidak akan cukup panas untuk menggaringkan ikan. Ikan sardin sebenarnya antara ikan yang paling berkhasiat kerana kandungan protein dan calcium yang tinggi. Ikan sardin juga kaya lemak asid omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung. Toskan seberapa banyak sos tomato yang boleh.