Resepi Lala Sambal - Paling Mudah
Resepi Lala Sambal yang mudah dan cepat disediakan di rumah dengan hanya beberapa bahan sahaja. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Lala sambal. Satu resepi makanan laut yang popular dan juga sangat mudah disediakan dirumah dengan hanya beberapa bahan sahaja. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur! Untuk resepi ini kita perlukan 1kg lala yang telah dibersihkan. 5 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah dan 1/2 inci halia. Hiris bawang merah dan halia. Bawang putih pula dicincang kasar seperti ini. 3 sudu besar cili kisar dan 2 sudu besar sos tiram. Mula-mula kita kukus lala. Masukkan 1/2 cawan 125ml air ke dalam kulai dan didihkan. Bila air sudah mendidih, masukkan lala. Dan tutup untuk 6-8 minit. Padamkan api dan keluarkan lala. Jika ada lala yang masih tidak terbuka selepas dikukus, buangkan kerana lala itu kemungkinan besar sudah rosak. Lala yang segar akan terbuka selepas dikukus. Ambil 3-4 sudu besar air kukusan lala dan ketepikan dahulu bersama lala kukus. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Rahsia sambal yang sedap ialah, bawang perlu dimasak betul-betul sehingga hilang rasa bawang yang mentah.