Udang Masak Lemak - Cara mudah!

18K views Jan 23, 2023

Resepi udang masak lemak cili api yang mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah udang masak lemak cili padi. Ada pelbagai versi resepi ini, saya akan tunjukkan cara yang sangat mudah. Tanpa berlengah lagi , jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan ialah udang yang segar. Untuk resepi ini saya gunakan 500g. Kita juga perlukan 500g santan pekat atau 2 peket santan kotak 200ml. 3 batang serai , 2 keping asam gelugor dan 1 helai daun kunyit. Pastilam serai di titik dan daun kunyit dipotong kecil Bahan-bahan untuk ditumbuk ialah 1 biji bwg besar, 5 ulas bwg putih , 2 inci kunyit, 18 biji/40gm cili padi hijau dan 1 inci halia. Tumbuk seperti ini dan ketepikan dahulu. Tuangkan 1 cawan atau 250ml air dan nyalakan api. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Tambah serai yang telah dititik. Bilaskan lesung dengan air supaya baki bahan tumbuk dapat dikeluarkan. Kacau supaya bahan tumbuk larut. Bila sudah mendidih, masukkan santan. Santan perlu dikacau sentiasa untuk mengelakkan santan daripada pecah. Oleh itu, Kacau! Jangan Tak Kacau! Inilah bahagian memasak lauk lemak yang paling rumit tetapi penting. Sekarang masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Teruskan mengacau.

#Cooking & Recipes
#Meat & Seafood