Video thumbnail for Sup Ikan Merah - Lain dari yang lain!

Sup Ikan Merah - Lain dari yang lain!

Jan 23, 2023
RESEPI lengkap Sup Ikan Merah di laman web Nasser's Kitchen : https://nasserskitchen.com Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sup ikan merah. Satu resepi yang cukup mudah dan cepat untuk disedaikan pada waktu anda kesuntukan masa. Cuma tumis dan rebus ikan sahaja dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit. Jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan ialah 500g ikan merah, tapi ada boleh guna apa-apa ikan yang anda suka seperti jenahak, kerapu atau kerisi. Saya suka guna bahagian kepala. Kita juga perlukan 4 biji bawang merah kecil, 2 ulas bawang putih dan 1 hirisan tebal halia. Bawang merah kecil dan bawang putih perlu dihiris halus seperti ini. Di samping itu sedikit kulit kayu manis, 2 kuntum bunga cengkih dan 2 biji buah pelaga. Ya, kita tidak gunakan banyak bahan tumisan dan rempah ratus dalam resepi ini.Kita mahukan perisa ikan merah yang segar menyerlah dalam sup dan bukannya rempah. Oleh itu , untuk hasil yang terbaik, kita mesti gunakan ikan yang betul-betul segar dari pasar dan elakan ikan frozen atau beku. Dan akhir sekali sebiji buah tomato dan sedikit daun sup. Untuk resepi lengkap dan senarai bahan-bahan, sila layari laman web Nasser's Kitchen di nasserskitchen.com Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Masak dalam satu lapisan yang nipis supaya bahan tumisan masak dengan sekata. Gunakan api yang sederhana supaya bahan tumisan tidak hangus. Bila bawang dah mula layu, masukkan cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Kacau! Jangan tak kacau! Bila bawang mula berwarna kuning dan garing tambah 750ml atau 3 cawan air. Elakkan bahan tumisan menjadi terlalu garing, kita tidak mahu rasa bawang yang kuat dalam sup kita.
#Food & Drink #Soups & Stews #Meat & Seafood