Video thumbnail for Resepi Sambal Ikan yang mudah

Resepi Sambal Ikan yang mudah

Jan 22, 2023
Resepi sambal ikan yang mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Resepi kali ini ialah Ikan Goreng Sambal. Satu lauk tradisional yang mudah disedaikan. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan 800g ikan. Di sini saya gunakan ikan senangin. 8 sudu besar (160g) cili Boh Enaq. 1 1/2 inci kunyit yang telah dikisar. 3 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan sedikit belacan. Untuk hasil yang terbaik, kesemua bahan-bahan ini perlu ditumbuk. Taburkan 1 sudu kecil garam ke atas kepingan ikan. Kemudian tambah kunyit yang telah dikisar dan lumurkan pada potongan ikan. Pastikan setiap permukaan ikan dapat disalutkan dengan campuran kunyit dan garam. Sekarang ikan sedia untuk digoreng. Panaskan dahulu minyak, dan masukkan ikan. Kita tidak perlu masak ikan sehingga 100%, cukup sekadar hampir masak sahaja kerana ikan akan dimasak sekali lagi di dalam sambal. Bila ikan sudah mula kelihatan garing pada kedua-dua belah, keluarkan ikan dan ketepikan dahulu. Panaskan sebahagian daripada minyak bekas goreng ikan. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.Kecilkan api dan teruskan menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
#Food #Meat & Seafood