Resepi Black Pepper Beef Mudah
Jan 23, 2023
Resepi Black Pepper Beef yang mudah dengan menggunakan produk daripada Enaq Sauces. Selamat mencuba!
ENAQ SHOPEE LINK https://shp.ee/qw5pfvb
* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Resepi hari ini ialah daging masak lada hitam atau black pepper beef. Hidangan yang popular di restoran cina dan menjadi kegemaran ramai. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
Bahan-bahan yang kita perlukan, 300g daging lembu, di sini saya gunakan bahagian batang pinang atau tenderloin, kerana ianya lembut dan cepat dimasak.
1 biji bawang merah, dihiris kasar seperti ini. 2 ulas bawang putih dicincang. Sedikit daun bawang dipotong seperti ini, lebih kurang 30g. 1 sudu kecil Serbuk perisa serbaguna Enaq Bethol
4 sudu besar sos lada hitam Enaq dan 1 sudu besar lada hitam yang baru ditumbuk atau dikisar.
Mula-mula kita perapkan daging dengan 1 sudu kecil serbuk perasa Enaq Bethol. Lumurkan dengan rata. Pastikan setiap permukaan daging disalut dengan Enaq Bethol. Perapkan untuk 10-15 minit.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan gunakan api yang kuat. Bila kuali sudah panas berasap, masukkan 1/2 daripada daging dahulu. Tujuan kita ialah untuk menggaring permukaan tepi daging dan ini memerlukan suhu yang tinggi. Jika suhu tidak cukup tinggi, air akan keluar daripada daging dan daging tidak akan garing. Kita juga perlu goreng daging sedikit-sedikit agar suhu kuali tidak turun dengan mendadak jika kita masak terlalu banyak daging dalam kuali.
Menggaringkan daging ialah langkah yang sangat penting untuk medapatkan hasil yang terbaik. Bila daging sudah kelihatan garing dibahagian tepi seperti ini, keluarkan daging. Jangan risau kalau ada daging yang masih kelihatan merah sedikit , kerana kita akan goreng daging sekali lagi bersama sos lada hitam. Ulang untuk baki daging yang tinggal.
Show More Show Less #Cooking & Recipes
#Food
#Meat & Seafood
#Cuisines
#Culinary Training
#Healthy Eating
#Condiments & Dressings
#Herbs & Spices

