Cara Masak Mee Goreng Sedap - Teknik Rahsia!
Jan 23, 2023
Dalam video ini saya kongsikan cara masak mee goreng sedap yang mudah dan cepat disediakan. RESEPI Lengkap di laman web Nasser's Kitchen https://www.nasserskitchen.com/resepi/mee-goreng
Russel Taylor Ultra Stick Hand Blender: https://shp.ee/dbaznx8
Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks!
* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah mee goreng. Satu masakan yang sesuai untuk masa-masa kita mahu berubah selera daripada nasi dan lauk. Tanpa berlengah lagi, Jom Kita ke dapur!
Bahan-bahan yang kita perlukan 1kg mee kuning, ini cukup untuk 6-8 orang makan.
120g daging lembu, dihiris nipis begini. 120g undang , 120g sotong. 1 biji buah tomato di belah 6. 100g tauge yang dibuang ekornya. 100g sayur sawi dipotong begini. 6 sudu besar cili kisar . 3 sudu besar sos tomato. 4 sudu besar sos tiram dan 7 sudu besar kicap manis. Untuk bahan kisar, 3 biji bawang merah kecil dan 3 ulas bawang putih. Potong dahulu sebelum dikisar supaya mudah hancur. Saya lebih suka bawang dikisar berbanding dihiris sahaja jika goreng mee.
Bawang yang dikisar akan bergabung dengan cili kisar dan sos-sos lain untuk menghasilkan rencah mee goreng yang lebih sedap. Tambahkan sedikit air dalam 50ml sahaja. Untuk kuantiti bawang yang kecil, saya lebih suka menggunakan hand blender sahaja kerana lebih ringkas dan mudah.
Show More Show Less #Cooking & Recipes
#Food

