Video thumbnail for Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam

Jan 22, 2023
Resepi Asam Pedas Ayam yang mudah menggunakan cili giling dari Enaq. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Dalam episode kali ini saya akan kongsikan resepi asam pedas ayam menggunakan Enaq Cili Gililing semua dalam satu. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur! Bahan-bahan yang diperlukan 1kg daging ayam. 1 cm lengkuas. 1cm halia. 1/2 sudu kecil belacan, 1 cm kunyit dan 2 batang serai. Belacan dan kunyit perlu ditumbuk atau dikasar. Dan titikkan serai. 1 mangkuk kecil daun kesum. 1/2 sudu besar lada hitam dan 12 sudu besar Enaq Cili giling semua dalam satu. Sudah lengkap dengan cili kering, bawang, bawang putih, minyak, garam, gula dan asam. Sedaaapp dan memudahkan kerja memasak. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah mula panas, masukkan Enaq Cili Giling semua dalam satu. Jangan masukkan cili giling apabila minyak sudah terlalu panas, kerana kandungan air dalam cili akan menyebabkan percikan minyak yang banyak. Tumis untuk 1-2 minit. Masukkan kunit dan belacan yang telah ditumbuk. Halia, serai dan lengkuas. Pastikan kunyit dan belacan tumbuk sebati dengan cili. Langkah memasak cili dan bahan tumisan lain sangat penting. Jika tidak masak betul-betul, asam pedas akan ada rasa cili dan bawang yang mentah. Ini akan menjejaskan rasa asam pedas.
#Food #Herbs & Spices