Video thumbnail for Air Blue Lemon Premium - Minuman Buka Puasa

Air Blue Lemon Premium - Minuman Buka Puasa

Jan 23, 2023
Air Blue Lemon atau Lemon Biru satu minuman popular untuk berbuka puasa. Di sini saya kongsikan versi premium minuman ini dengan menggunakan satu teknik klasik dari adad ke 17. RESEPI Lengkap di https://www.nasserskitchen.com/resepi/air-blue-lemon-air-berbuka-puasa/ * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Antara air yang popular untuk berbuka puasa ialah air Lemon Biru. Untuk resepi kali ini saya akan kongsikan resepi untuk air lemon biru yang premium dengan perisa lemon yang lain dari yang lain menggunakan satu teknik rahsia. Tanpa berlengah lagi, Jom Kita ke dapur! Bahan-bahan yang kita perlukan, 3 biji lemon yang telah dibersihkan kulitnya. 200g gula. dan sedikit daun pudina. Rahsia untuk membuat air lemon yang sedap ialah kita gunakan parutan kulit lemon atau lemon rind. Kulit lemon kaya dengan minyak perisa lemon, tetapi minyak ini sukar untuk kita extract atau perah. Merebus kulit lemon juga tidak berapa berkesan kerana haba kuat akan merosakkan perisa minyak lemon. Hanya ambil parut berwarna kuning sahaja kerana kulit lemon yang putih sangat pahit.
#Alcohol-Free Beverages #Other #Other